Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh badmintan lelaki negara Lee Zii Jia. Foto David Andreas (TVS)

Zii Jia terkandas di separuh akhir Terbuka Australia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Langkah jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk bangkit semula daripada prestasi tidak menentu musim ini berterusan apabila laluan ke final tersekat di separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat kejohanan berturut-turut sebelum ini, pemain nombor 17 dunia itu,  tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nomber 24 dunia, Hong Yang dari China dalam pertarungan selama 81 minit di Arena Quaycentre di Sydney.

Hong Yang akan berdepan dengan pemain India, HS Prannoy di pentas final esok.

Prannoy melangkah ke final dengan menyingkirkan rakan senegara, Priyanshu Rajawat, 21-18, 21-12 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Susulan kekalahan Jia Zia di pentas separuh akhir, cabaran Malaysia berakhir dalam Terbuka Australia selepas pemain perseorangan Ng Tze Yong dan juara bergu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat suku akhir, semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan