Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu bergambar bersama peserta futsal. Foto: TVS.

Stadium Tertutup Miri jadi lokasi SUKMA tahun hadapan

MIRI, 5 Ogos: Stadium Tertutup Miri bakal menjadi salah satu lokasi penganjuran acara Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, lokasi itu dipilih kerana dapat menempatkan banyak penonton dan peserta.

“Satu daripada tempat kita Stadium Tertutup Miri untuk mengadakan beberapa acara SUKMA tahun depan dan kita mengharapkan sokongan daripada semua bukan saja daripada penganjur, tetapi juga semua rakyat Sarawak untuk menyokong pasukan kita tahun depan.

“Tempat ini merupakan satu tempat yang dapat menempatkan banyak penonton dan peserta,” katanya semasa Majlis Perasmian Pertandingan Futsal Antara Jabatan 2023 Peringkat Bahagian Miri di Stadium Bandaraya Miri semalam.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu bergambar bersama pihak MYSED Bahagian Miri. Foto: TVS.

Antara usaha lain yang dilakukan bagi memastikan persiapan mencukupi sebelum acara SUKMA seperti menggerakkan para petugas dari persatuan dan sukarelawan, selain menaik taraf prasarana untuk kemudahan penonton dan peserta.

Selain itu, Gerald melihat setiap golongan masyarakat perlu melibatkan diri di dalam sukan bukan sahaja untuk menjadi aktif dan sihat, tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim.

“Kita melihat untuk penglibatan belia dan sukan, kita memang sediakan banyak program kerana sukan ini kita melihat untuk semua.

“Bukan saja untuk belia, penjawat awam atau golongan lain, tetapi kita melihat seluruh masyarakat dapat mengamalkan sukan setiap hari. Ini matlamat kita untuk menjadikan rakyat Sarawak lebih aktif, sihat dan dapat menjalinkan silaturahim antara satu sama lain,” tegasnya.

Hal ini juga bagi memenuhi moto #Tiada Minggu Tanpa Program yang merupakan program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang telah dilancarkan sejak tahun lepas untuk mengadakan pelbagai program pembangunan belia, sukan dan keusahawanan setiap minggu di setiap 12 bahagian dalam Sarawak.

Untuk rekod, sebanyak 32 pasukan terdiri daripada 27 jabatan dari Bahagian Miri, Daerah Subis dan Daerah Baram yang menyertai pertandingan futsal ini selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Ogos di lokasi sama. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan