Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Abdul Aziz Husain bergambar bersama dengan delegasi dari Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) semasa menyambut ketibaan prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) di Terminal Senari, Kuching, hari ini. Foto: Hafeezzur Mzuamir (TVS).

Prototaip ART bakal jalani ujian, mula beroperasi 2025

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Ogos: Prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) hidrogen tidak akan dibuka kepada orang ramai semasa kenderaan itu menjalani ujian kejuruteraan dan pandu uji, kata Tan Sri Abdul Aziz Husein.

Bagaimanapun, Pengerusi Sarawak Metro Sdn Bhd itu berkata, pihak berkepentingan terpilih akan dijemput untuk merasai pengalaman menaiki ART sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan data.

“Semasa ujian kejuruteraan dan bukti latihan konsep (POC), ART kebanyakannya tidak akan membawa penumpang.

“Kemasukan penumpang pada prototaip ART ini hanya akan diadakan pada masa-masa tertentu sahaja, dan hanya atas jemputan untuk pemegang berkepentingan terpilih,” katanya ketika hadir menyaksikan ketibaan prototaip ART di Terminal Senari di sini, hari ini.

Salah satu kontena yang membawa prototaip ART tiba di Terminal Senari, Kuching, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Prototaip ART yang dikuasakan dengan tenaga hidrogen itu tiba di Terminal Senari dengan menaiki kapal HF Spirit dan berlabuh sekitar jam 8 pagi, selepas perjalanan lebih dua minggu dari Pelabuhan Shanghai pada 15 Julai lepas.

Sementara itu, beliau menyatakan keyakinan bahawa sebaik sahaja ART memulakan operasinya dalam masa dua tahun lagi, landskap sosio ekonomi Kuching akan berubah dengan ketara seperti yang diimpikan oleh Kerajaan Sarawak.

Menurutnya, perkhidmatan penumpang untuk ART akan beroperasi secara berperingkat mulai suku keempat 2025, dengan garis biru yang bermula dari Rembus, Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat Bandaraya Kuching.

“Selain garisan biru, dua laluan lain akan dibina di bawah Fasa 1 projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) iaitu laluan merah (dari Kuching Sentral ke Pending) dan laluan hijau (dari Pending ke Damai Central).

“Fasa 1 projek KUTS dijadualkan siap menjelang 2027,” katanya.

Gambar petugas di Terminal Senari membuka kontena yang membawa prototaip ART. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Beliau menambah, perkhidmatan ART akan dilengkapi dengan rangkaian bas pengantara yang mengubungkan semua stesen KUTS.

“Kedua-dua kenderaan ART dan bas pengantara untuk Projek KUTS adalah kenderaan pelepasan sifar yang dikuasakan oleh hidrogen.


“Langkah itu adalah untuk menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk memajukan ekonomi hidrogen serta inisiatif untuk menyahkarbonkan sektor pengangkutan awam,” ujarnya. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan