Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 59 warga asing termasuk dua kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dalam satu serbuan melalui Op Bersepadu di sebuah jeti pelantar ikan di Hutan Melintang, awal pagi Khamis. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia (FB).

Jeti pelantar ikan diserbu, 59 warga asing dicekup

ByBernama

IPOH, 5 Ogos: Seramai 59 warga asing termasuk dua kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dalam satu serbuan melalui Op Bersepadu di sebuah jeti pelantar ikan di Hutan Melintang, awal pagi Khamis.

Pengarah Imigresen Perak Hapdzan Husaini berkata, dalam operasi kira-kira 1 pagi itu, pasukan serbuan yang tiba di tempat kejadian terpaksa memotong pintu pagar premis bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan berkenaan.

“Setiap pintu bilik telah diketuk oleh pegawai kanan dan memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa jabatan untuk memberitahu tujuan kehadiran kepada penghuni yang mendiami bilik-bilik di lokasi serbuan tersebut.

“Kehadiran pasukan operasi di lokasi serbuan menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut dan menyembunyikan diri di dalam semak sekitar lokasi serbuan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua mereka gagal meloloskan diri kerana kecekapan pasukan operasi yang telah  menutup setiap ruang dengan mengepung premis berkenaan.

Menurut Hapdzan, seramai 61 warga asing berusia tujuh hingga 55 tahun diperiksa terdiri daripada seorang lelaki Thailand, 13 lelaki Indonesia, dua wanita Vietnam serta 36 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak Myanmar yang melakukan kesalahan Imigresen manakala dua lelaki Myanmar diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) bagi tujuan siasatan.

Katanya, mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Beliau berkata, operasi yang tamat pada 4 pagi itu dijalankan sepasukan anggota terdiri daripada 35 Pegawai Imigresen dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, 26 pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi JIM Putrajaya serta 30 anggota dan pegawai APMM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan