Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jamery bersama kanak-kanak pada sesi latihan renang di Kolam Renang Limbang. Foto: TVS

Jamery Siga turun ‘ilmu renang’ kepada generasi muda

LIMBANG, 5 Ogos: Program ‘Swimming Kids’ di bawah Jom Aktif Karnival Malaysia anjuran ‘Go Coach’ platform tepat dalam melahirkan perenang muda profesional yang boleh digilap bakatnya dalam sukan itu pada masa depan.

Pada program yang diadakan di Kolam Renang Limbang hari ini, lima kanak-kanak berpeluang mempelajari teknik berenang dengan betul di bawah bimbingan jurulatih renang yang juga bekas atlet paralimpik negara, Jamery Siga.

Jamery berkata, melalui program itu kanak-kanak mampu berenang tanpa bantuan ‘swimming board’, tetapi masih terus belajar untuk menjadi seorang yang mampu berenang untuk menyelamatkan orang lain serta boleh menjadi jurulatih renang profesional pada masa akan datang.

“Saya amat bangga, kerana terlibat sebagai jurulatih satu program daripada ‘Go Coach’  yang sangat bagus di seluruh Malaysia dan pertama kali dibuat di seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung, program ini sangat bagus,” katanya ketika ditemui TVS pada sesi latihan renang Program ‘Swimming Kids’ di bawah Jom Aktif Karnival Malaysia anjuran ‘Go Coach’ di Kolam Renang Limbang hari ini.

Katanya, program pertama kali diadakan di Limbang itu berjalan selama satu jam bermula pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi dengan bayaran RM30 seorang.

Melalui program itu juga kanak-kanak bukan saja dilatih cara berenang dengan betul malah mampu meningkatkan keyakinan serta berani, mempelajari teknik pernafasan dan berenang dengan betul selain dibimbing jurulatih berpengalaman.

Jamery turut berharap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dapat mengikut langkah ‘Go Coach’ untuk mengadakan program sedemikian sekali gus memberi peluang kepada bekas atlet untuk mencari pekerjaan selepas bersara dalam bidang sukan.

“Saya minta agar Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak mengadakan program sukan berenang ini di Sarawak dan Sabah, sebab kita bekas atlet ini mahu mengajar orang bukan terus berhenti macam itu saja,” katanya lagi.

Lima kanak-kanak yang menyertai latihan renang itu ialah Arianne Andrian, 10 tahun, Jordan Drew Dullah, lapan tahun, Bethany Eve Bulan Dennis, sembilan tahun, Adam Messi Perry Dennis, 10 tahun dan Violet Chong, sembilan tahun.

Sementara itu ayah kepada Jordan Drew, Dullah Kandau, 38 tahun, gembira dengan adanya Program ‘Swimming Kids’ yang memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari teknik berenang terutama di bawah jurulatih bertauliah iaitu bekas atlet negara berpengalaman. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found