Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah AIFFA 2023, Livan Tajang pada sidang media bersama pemenang. Foto: TVS.

AIFFA perkenal dua kategori baharu pada 2025

ByFebbright James

KUCHING, 5 Ogos: Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) akan memperkenalkan dua kategori baharu untuk anugerah tersebut pada tahun 2025.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah AIFFA 2023, Livan Tajang pada sidang media bersama-sama pemenang.

“Untuk tahun 2025, kita berkemungkinan akan memperkenalkan dua anugerah baharu iaitu Dokumentari Terbaik dan Anugerah Animasi Terbaik. Anugerah ini (Animasi) diperkenalkan untuk golongan muda kita. Jadi kita ada dua anugerah baharu pada tahun 2025,” katanya

Beliau turut memaklumkan penganjuran AIFFA pada tahun ini cukup memuaskan dengan sambutan yang begitu meriah terutamanya dengan kehadiran bintang Korea Selatan Rain yang berjaya menarik ribuan peminat pada Majlis Meet and Greet di Old Court House Kuching.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan keputusan untuk setiap kategori yang disifatkan layak berdasarkan kualiti setiap karya.

“Untuk tahun ini kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang begitu fantastik daripada pelbagai negara. Saya menonton semua filem 120 filem dan saya berpendapat semua filem sangat bagus.

Kita sangat teruja menyaksikan sambutan luar biasa apabila kita dapat menghimpunkan penggiat seni ASEAN pada malam gala ini,” ujarnya.

Untuk rekod, AIFFA mula dianjurkan pada tahun 2013 dan kini memasuki edisi keenam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan