Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lukanisman Awang Sauni ketika mengadakan lawatan tapak Klinik Kesihatan Siburan yang baharu, hari ini. Foto: TVS.

KKM tawar 619 jawatan doktor tetap di Sarawak

SERIAN, 4 Ogos: Sebanyak 619 orang telah ditawarkan jawatan doktor tetap di Sarawak oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata tawaran itu bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital dan klinik kesihatan KKM di Sarawak.

KKM tawar 619 jawatan doktor tetap di Sarawak | TVS

Katanya, daripada jumlah itu, 395 orang telah menerima serta datang melaporkan diri, 50 orang menolak manakala 70 orang belum melapor diri dan belum memberi maklum balas sama ada akan datang atau tidak.

“Seramai 55 orang doktor yang sudah melapor diri perlu melanjutkan pelajaran dan permohonan mereka diluluskan KKM manakala 49 orang menerima tawaran itu tetapi masih membuat penangguhan datang ke Sarawak kerana belum bersedia dan perlu meyakinkan keluarga,” katanya ketika melawat tapak Klinik Kesihatan Siburan yang baharu di Pekan Siburan, di sini, hari ini.

Lukanisman berkata mereka yang menolak tawaran itu mungkin disebabkan persepsi tertentu mengenai Sarawak.

Pembinaan Klinik Kesihatan Siburan yang baharu dijangka siap menjelang Oktober dan mula beroperasi pada 2024.

Sementara itu, Lukanisman berkata Sarawak juga menerima 36 projek baik pulih klinik daif bernilai RM8.5 juta di bawah inisiatif Malaysia MADANI dan ketika ini enam projek tersebut telah siap serta selebihnya dalam pelaksanaan.

“Menjelang Disember 2023, kita yakin semua projek ini akan siap dan kita sedang tambah lagi senarai klinik daif bagi 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan