Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Majlis Perasmian Pusat Digital Tun Abang Haji Openg, Unimas, Kota Samarahan, hari ini. Foto: JaPEN.

Kerajaan Sarawak perkenal sistem e-residen mudahkan kemasukan pekerja profesional antarabangsa

ByYusuf Shukri

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos: Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan sistem e-residen untuk memudahkan urusan kemasukan pekerja profesional dan pakar antarabangsa ke Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata e-residen akan mempunyai ciri keselamatan tinggi yang akan melibatkan imigresen dan pertukaran data.

E-residen mudahkan kemasukan pekerja profesional antarabangsa | TVS

“E-residen ini akan berfungsi sama seperti pemastautin tetap, tetapi mereka tidak semestinya tinggal di sini.

“Dengan identiti elektronik ini, mereka boleh menggunakan infrastruktur digital di Sarawak dan menjalankan perniagaan mereka.

“Saya telah menghantar delegasi ke Estonia yang sudah melaksanakan e-residen ini untuk meneliti polisi dan ciri-ciri keselamatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Tambahnya, apabila siap contoh model e-residen untuk Sarawak, beliau akan mengusulkan perkara ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Mengulas lanjut, untuk memohon e-residen, ia memerlukan pendaftar melalui proses antara kerajaan dua negara yang melibatkan imigresen, kedutaan dan pelaburan.

“Di Sarawak juga telah memanjangkan tempoh luput permit bekerja kepada lima tahun. Ini juga langkah yang telah diambil untuk melicinkan lagi proses pelaksanaan e-residen ini kelak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan