KUCHING, 3 Ogos: Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu industri kreatif ke arah transformasi digital, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurutnya, teknologi AI akan membantu industri kreatif lebih maju dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman.
Banyakkan kandungan tempatan Sarawak di platform penstriman – Abdul Karim
“Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, juga tidak ketinggalan dalam aspirasinya dalam mencapai pendigitalan termasuklah teknologi kecerdasan buatan.
“Saya yakin itulah cara kita untuk meneraju ke masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 di sini, malam tadi.
Abdul Karim berkata lagi, kementeriannya akan sentiasa menyokong segala usaha yang mendatangkan faedah kepada Sarawak.
Menurutnya, industri kreatif perlu berkembang seiring dengan teknologi terkini, termasuklah servis penstriman.
“Sebarang teknologi baharu diperkenalkan yang dapat membantu kita mencapai kemajuan perlu diambil peluang. Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai contoh termasuklah Netflix dan sebagainya,” katanya. – TVS