Putrajaya: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin yang menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien, di sini hari ini.
Sultan Hassanal Bolkiah merangkap Perdana Menteri Brunei tiba di ibu negara semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.Â
Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Menteri Luar, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Â
Pertemuan itu menyaksikan beberapa perkara telah dipersetujui antara Malaysia dan Brunei untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU).
Lawatan negara Sultan Brunei ke Malaysia juga merangkumi permeteraian perjanjian triti berkaitan Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP).