Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Mohd Asri Shafie menunjukkan gambar mangsa yang sedang dirawat ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini Isnin lepas. Foto: TVS.

Lelaki simbah petrol bakar isteri diberkas hari ini

KEPALA BATAS, 3 Ogos: Lelaki yang membakar isterinya selepas menyimbah minyak petrol pada Isnin lalu diberkas polis di sebuah rumah di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini hari ini.

Katua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, suspek, 36, ditangkap dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang tadi.

“Suspek dijangka direman di Mahkamah esok bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pada 1 Ogos lalu, TVS melaporkan seorang wanita cedera parah dan melecur 27 peratus pada badan selepas dibakar suaminya di sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, berlaku selepas suspek dan mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan berselisih faham. – TVs

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan