Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: JaPen

Ekonomi Sarawak kian rancak, pendapatan negeri dijangka terus meningkat tahun ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau amat yakin pendapatan Sarawak akan meningkat pada tahun ini malah lebih memberangsangkan berbanding 2022.

Menurutnya, pendapatan Sarawak mencecah RM5 bilion pada suku pertama 2023, manakala pada 2022 pendapatan negeri meningkat kepada hampir RM12 bilion berbanding RM7.62 bilion pada 2021.

Premier Sarawak optimis pendapatan Sarawak terus meningkat | TVS

“Perpaduan utuh dalam kalangan rakyat di negeri Sarawak merupakan salah satu elemen yang menyumbang kepada kestabilan politik dan seterusnya merangsang ekonomi negeri ini.

“Penjanaan ekonomi yang terus meningkat dari tahun ke tahun akan membolehkan hasil tersebut dinikmati rakyat negeri ini membabitkan pembangunan sosiekonomi secara menyeluruh,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, rakyat Sarawak telah bangkit daripada ketidaktentuan apabila COVID-19 menular di seluruh dunia.

Bangkit dari ketidaktentuan itu, Kerajaan Sarawak melaksanakan inisiatif dan insentif di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya dan tumpuan utama adalah untuk mencapai sasaran sebagai negeri maju pada 2030.

“Kita telah melalui situasi tersebut yang sedikit merencatkan pertumbuhan sosioekonomi negeri sehingga kerajaan negeri bersama juga dengan kerajaan Persekutuan melaksanakan  pelbagai langkah membantu golongan rakyat yang terkesan.

“Kita telah berjaya melalui kesemua itu bersandarkan kesepakatan terjalin antara kerajaan dan rakyat yang pastinya berdasarkan rencana perpaduan yang utuh di negeri ini,” katanya.

Menurutnya lagi, kerjasama erat antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Perpaduan adalah demi memenuhi harapan kemakmuran dan kesejahteraan.

“Kerajaan Perpaduan bukan sekadar sebuah gabungan parti politik tetapi ia juga merupakan sebuah kerajaan yang berteraskan prinsip Malaysia Madani, mengutamakan elemen keterangkuman dan semangat kebersamaan ke arah kemakmuran negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan