Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden  Parum Niot Foto: TVS

Suspek dua kes ragut rantai emas di Limbang berjaya ditahan

LIMBANG, 2 Ogos: Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam dua kes ragut rantai emas yang dilakukannya pada Februari dan April lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden  Parum Niot berkata, suspek, 36, ditahan pada Ahad lepas hasil risikan bahagian Siasatan Jenayah Limbang selama tiga bulan ini.

Menurutnya dua kes yang dilakukan suspek adalah menyamun seorang wanita berumur 59 tahun pada 28 Februari lalu sekitar jam 10.30 pagi di hadapan kediaman rumah mangsa di kawasan Jalan Batu Biah.

“Manakala mangsa kedua juga seorang wanita berumur 63 tahun yang telah disamun pada 14 April lepas sekitar jam 10.35 pagi di tepi jalan utama Buangsiol berhampiran sebuah kedai runcit.

Parum berkata sehubungan itu pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi kedua-dua kes itu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat agar berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa bersendirian atau di tempat parkir bagi mengelakkan kes samun ragut dan mengelak daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi.

“Selain itu, elakkan memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas yang turut akan mengundang kepada jenayah ragut,” tegasnya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang dan ikuti laman facebook @ipdlimbang atau hubungi terus talian 085-21146 bagi mendapatkan Info keselamatan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan