KUCHING, 2 Ogos: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana setakat 1 tengah hari ini.
Laman web Sistem Pengurusan IPU Malaysia (APIMS) menunjukkan 13 kawasan kutipan bacaan IPU di negeri ini berada antara 56 dan 85.

Bacaan nilai IPU dari 0-50 menandakan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 di tahap tidak sihat, 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas adalah di bawah tahap berbahaya.
APIMS menasihatkan semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan sekiranya ada kes-kes sedemikian. – TVS