Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan ladang buluh komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd. Foto: TVS

Ladang buluh komersial seluas 1,000 hektar bakal dibuka di Bintulu – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pembukaan ladang buluh komersial seluas 1,000 hektar di Bintulu berupaya menjadikan Sarawak sebagai hab pembangunan industri buluh berjaya di Malaysia.

Menurut beliau inisiatif berkenaan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang mencadangkan kira-kira 10,000 hektar ladang buluh komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti dibangunkan bagi menampung kelestarian bekalan sumber untuk industri buluh Sarawak.

Bintulu bakal ada ladang buluh komersial | TVS

“Setakat ini seluas 2,760 hektar ladang buluh komersial telah dibangunkan dan seluas 59 hektar ladang komuniti telah dibangunkan di seluruh negeri.

“Saya yakin dengan strategi ini, Sarawak akan mampu menjadi hab pembangunan industri buluh yang berjaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Venture Plantation Sdn Bhd yang bekerjasama mewujudkan ladang berkenaan, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi nilai pasaran produk buluh dunia pada tahun 2022 mencecah USD66.22 billion manaka eksport produk buluh Malaysia pula adalah sebanyak RM8.43 juta.

“Jika kita lihat peluang nilai dagangan tersebut, potensi industri buluh dunia adalah sangat besar dan sentiasa berkembang. Justeru, adalah menjadi harapan Sarawak untuk meningkatkan nilai eksport kayu dan produk bukan kayu kepada RM8 billion menjelang 2030.

“Itu adalah sasaran kita dan kita galakkan penglibatan industri dalam sektor hiliran produk buluh,” katanya sambil mengakui  ia selari dengan usaha Sarawak untuk memelihara dan memulihara hutan sejajar dengan dasar ekonomi hijau.

Sementara, perjanjian selama dua tahun itu bertujuan untuk menghasilkan produk nilai tambah tinggi seperti produk biomas, arang buluh dan produk pembungkusan makanan berasaskan buluh.

Perjanjian berkenaan menyaksikan PUSAKA akan bertanggungjawab dalam menyediakan konsultasi teknikal serta membekalkan anak benih buluh berkualiti sementara Rich Venture Plantation akan menyediakan kawasan, tenaga kerja dan prasarana yang berkaitan.

Terdahulu, PUSAKA turut memeterai MoU dan Memorandum Perjanjian (MOA) dengan sebuah syarikat dari China bagi tujuan pengeluaran basikal buluh secara komersial bagi pasaran eksport ke Shanghai, China.

Majlis menandatangani itu turut disaksikan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan