Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesan daripada kebakaran yang dipadamkan sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian. Foto: BBP Sungai Merah

Gadis berani panjat pagar rumah jiran untuk padam kebakaran

SIBU, 2 Ogos: Tindakan berani seorang remaja perempuan memanjat pagar rumah jirannya yang berkunci bagi memadam kebakaran perkakas dalam perkarangan kediaman itu berjaya memadam kebakaran di Lorong Teku Barat 4, Jalan Teku Barat di sini, pagi tadi.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, usaha remaja berkenaan, Joalin Lau, 20, turut dibantu dua lagi jirannya iaitsu Lau Suk Nei, 49, dan Isa Tikong, 70, hingga berjaya memadam api sebelum ketibaan pasukan bomba

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan perkakas rumah termasuk dua mesin jahit, empat kerusi plastik dan satu kerusi mudah alih yang berada di perkarangan hadapan rumah berkenaan.

“Bagaimanapun api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam iaitu remaja perempuan dikenali sebagai Joalin Lau, 20 serta dibantu oleh dua orang lagi,” katanya ketika dihubungi  TVS hari ini.

Menurutnya, kebakaran tersebut dipadamkan oleh ketiga-tiga mereka dengan menggunakan pancutan hos air paip.

“Tiada tindakan operasi pemadaman dilakukan kerana api telah padam sepenuhnya dan pasukan bomba hanya membuat pemantauan serta mengambil gambar di lokasi untuk tujuan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya sepasukan 16 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 11.31 pagi.

Sementara, Andy memuji keberanian remaja berkenaan susulan tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan rumah jirannya daripada musnah dijilat api.

Operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi serta setelah memastikan keadaan selamat dan tiada punca yang boleh menyebabkan kebakaran semula, pasukan bomba bertolak ke balai pada jam 12 tengah hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan