Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tiada keperluan lantik Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 1 Ogos: Kerajaan Sarawak memaklumkan tiada keperluan untuk melantik Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak berikutan keadaan kesihatan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini kerana Tun Abdul Taib yang dilaporkan tidak sihat ketika berada di luar negara sedang dalam proses pemulihan.

“Tun Abdul Taib masih berkomunikasi dengan kerajaan negeri dan dapat melaksanakan tugas rasmi serta perlembagaannya walaupun tidak berada di sini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sharifah Hasidah berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan Tun Abdul Taib.

“Tindakan selanjutnya oleh Kerajaan Sarawak akan berpandukan kepada perlembagaan negeri dan kepentingan Sarawak,” tambahnya.

Pada 22 Julai lalu, Tun Abdul Taib menerusi Perutusan Sempena Kemerdekaan Sarawak Ke-60 memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan baik dan masih berada di luar negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan