Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Abdul Karim menunjukkan statistik penyertaan tertinggi negara-negara dalam program S-MM2H. Foto: TVS

Penyertaan S-MM2H meningkat mendadak – Abdul Karim

KUCHING, 1 Ogos: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin penyertaan Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) pada tahun ini bakal melebihi 1,000 peserta.

Abdul Karim berkata, jangkaan itu bersandarkan peningkatan permohonan yang mendadak sejak tahun lalu.

“Setakat 1 Ogos tahun ini dan tahun lepas, jumlah yang dicatatkan masing-masing 406 dan 411 peserta, iaitu jumlah tertinggi berbanding penyertaan dua angka bagi tahun sebelumnya,” katanya pada sidang media pengumuman prasyarat baharu program berkenaan hari ini.

Ditanya faktor peningkatan itu, Abdul Karim memberitahu antara lain ia disumbang keputusan Sarawak untuk mengekalkan levi RM150,000 bagi setiap individu memohon yang berbeza dengan nilai RM1.5 juta bagi program MM2H di peringkat persekutuan.

“Saya beranggapan ramai pemohonan akan membuat keputusan untuk berpindah ke Sarawak kerana lebih menguntungkan,” katanya lagi.

Setakat ini beliau memberitahu, penyertaan paling tinggi adalah dari Hong Kong (90 peserta), diikuti Amerika Syarikat (43), China (28), Taiwan (26), Singapura (22), United Kingdom (22), Jepun (20), Korea Selatan (17) dan Kanada (11).

“Sarawak telah meluluskan sejumlah 2,198 permohonan S-MM2H sejak ianya mula diperkenalkan pada 2007,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan