Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif, Hanizam Hashim dinobatkan sebagai The Most Outstanding CEO pada Anugerah 100 TOP CEO 2022 Malaysia. Foto: Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd.

Hornbill Networks Consortium lakar sejarah di Anugerah Top 100 CEO 2022 Malaysia 

ByDayu Adruce

KUCHING, 1 Ogos: Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd melakar sejarah di Anugerah Top CEO 2022 Malaysia apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Hanizam Hashim memenangi Anugerah The Most Outstanding CEO.  

Menurut Hanizam, pengiktirafan tersebut menggambarkan dedikasi syarikat dalam menyediakan rumah mampu milik di Sarawak, serta memajukan pembangunan perumahan lestari di kawasan tersebut.  

“Perjalanan kami digerakkan oleh visi untuk mendefinisikan rumah mampu milik serta memberi keutamaan kepada kelestarian dan tanggungjawab kepada alam sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

 Tambahnya lagi, pengiktirafan ini akan menyuntik semangat untuk terus berdaya saing serta berinovasi dalam industri perumahan.

Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd ujar beliau telah membuktikan diri sebagai peneraju dalam bidang penyelesaian perumahan lestari dengan menekankan prinsip-prinsip Asas Lingkungan, Sosial, danPengurusan (ESG), selaras dengan nilai-nilai yang dipegang oleh Kerajaan Sarawak.

Tambahnya menyedari cabaran global dalam industri simen, Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd telah mengusahakan penyelesaian lestari secara proaktif dengan memeterai bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraandi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd telah mengetuai penyelidikan yang inovatif dalam pembangunan perumahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan simen pada masa hadapan,” katanya lagi.

Menurut Hanizam, Hornbill Networks juga telah berusaha untuk memperoleh pensijilan Indeks Binaan Hijau (GBI) bagi setiap projek setelah meraih kejayaan dalam pertandingan Shell Live WIRE Sarawak 2022.

“Dengan memperkenalkan Sistem Pertanian Hidroponik yang inovatif dan seiring dengan agenda perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd memperlihatkan komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada matlamat perubahan iklim global,” ujarnya.

Anugerah The Most Outstanding CEO telah mengukuhkan lagi kedudukan Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd sebagai pemimpin industri yang dibentuk oleh kepemimpinan dan pasukan profesional yang berdedikasi.

Terdapat enam anugerah yang dipertandingkan pada malam anugerah tersebut iaitu Top Influential CEO, The Most Outstanding CEO, The Most Promising CEO, Top Leadership CEO, Top Breakthrough CEO, Top Elite CEO dan Rising Star CEO.

Anugerah berprestij berkenaan telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Julai lalu.

Dalam ucapannya, Ismail mengakui Anugerah 100 Top CEO tersebut merupakan satu platform yang amat baik untuk memastikan lebih banyak syarikat tempatan terus berkembang maju dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kebanyakkan syarikat yang berjaya ujarnya mempunyai pemimpin yang bersifat kritis dan kental dalam mendepani cabaran perniagaan kini yang semakin dinamik.

“Para usahawan perlu membina daya tahan untuk mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global hari ini.

“Pemimpin harus kuat untuk memastikan organisasi mereka kalis cabaran,” ujarnya lagi.

Anugerah The 100 Top CEO adalah anugerah yang memberi pengiktirafan terkemuka serta meraikan usahawan muda dan pemimpin yang telah menunjukkan kemahiran, visi, dan pencapaian luar biasa di industri masing-masing.

Anugerah itu ditubuhkan pada 2019 untuk mewakili pengiktirafan yang paling terkemuka bagi syarikat dan organisasi di seluruh dunia dalam bidang kepemimpinan, pertumbuhan perniagaan, dan kelestarian korporat seperti mana Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd dalam mempamerkan komitmennya untuk melibatkan diri dalam kelestarian, tenaga hijau, dan integrasi teknologi pintar dalam setiap projek perumahan yang dijalankan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan