Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Memperingati Hari Bandar Raya Kuching ke-35 di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

GPS sokong kerajaan ke arah kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Malaysia – Abang Johari

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Ogos: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kestabilan politik Malaysia terus dinikmati.

Pengerusinya,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa sama GPS juga mahu supaya ekonomi negara terus berkembang maju.

“Kita (GPS) sokong Kerajaan Perpaduan kerana apa yang penting ialah kestabilan politik untuk melaksanakan dasar yang menentukan hala tuju Malaysia,” katanya.

Beliaub berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Memperingati Hari Bandar Raya Kuching ke-35 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata demikian ketika mengulas kehadiran beliau menemani Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Ampang dan Selayang pada Sabtu lepas.

Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Mohd Noor turut hadir.

Sementara itu, Abang Johari mengulangi kenyataan tidak ada jentera GPS akan dihantar membantu PH dan Barisan Nasional (BN) yang sedang berkempen pada PRN di enam negeri di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, Malaysia perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadi sebuah negara yang kompetitif dan mesra pelabur.

“Ini termasuklah terhadap sektor tenaga yang kita beri kepada para pelabur.

“Sebab itu, Malaysia harus beralih penuh kepada ekonomi yang lebih mampan kerana kebanyakan institusi kewangan di seluruh dunia hanya akan meluluskan pembiayaan berdasarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Inilah sebab mengapa Malaysia tidak boleh lagi bergantung penuh dengan penjualan tenaga tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil sebaliknya kita perlu menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan