Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkunjung ke ruang pameran sempena Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. Foto ihsan: Pejabat Ketua Menteri

TYT Sabah hadir Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 31 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin hari ini menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut mengiringi Yang di-Pertua Negeri memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik Hormat Diraja.

Hajiji yang tiba pada 7.50 pagi sebelum ketibaan TYT Tun Juhar disambut oleh Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka.

Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku, tiupan trompet ‘The Last Post’ oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia dan tiupan trompet ‘Rouse’.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya.

Dalam majlis itu, Hajiji turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan