Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah. Foto Evanto

KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya

ByBernama

CYBERJAYA, 31 Julai: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini pada 27 Julai lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah.

“Mereka telah mendapat rawatan di klinik swasta berdasarkan siasatan yang kita jalankan,” katanya tanpa mendedahkan sama ada sumber makanan daripada kantin membawa kepada punca keracunan makanan itu.

Laporan sebuah akhbar tempatan semalam mendakwa lebih 50 pelajar SK Cyberjaya mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope’ (MySAVE) di sini hari ini, Lukanisman  berkata siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk menutup kantin sekolah berkenaan sehingga 10 Ogos. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan