Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan pada 11.00 pagi waktu tempatan, suhu telah mencecah 37.7 darjah di Bandar Hatoyama. Foto AFP.

Jepun keluarkan amaran strok haba

ByBernama

TOKYO, 31 Julai: Panas melampau terus melanda Jepun pada Isnin, dengan suhu mencecah 35 darjah Celsius pada waktu pagi di banyak kawasan di timur dan utara negara itu, Xinhua memetik agensi cuaca Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan pada 11.00 pagi waktu tempatan, suhu telah mencecah 37.7 darjah di Bandar Hatoyama di wilayah Saitama, dekat Tokyo; 37.1 darjah di Date City di Fukushima, dan 35.1 darjah Celcius di tengah Tokyo.

Pegawai mengeluarkan amaran risiko strok haba di Tokyo, Kyoto dan 17 wilayah lain.

JMA memaklumkan atmosfera dijangka tidak stabil di utara dan timur Jepun hingga Selasa berikutan kemungkinan kilat, tiupan, hujan batu dan hujan lebat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan