Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang (baju putih tengah) semasa sesi bergambar bersama pihak penganjur dan rakan kerjasama di sidang media Festival Muzik Borderland. Foto: TVS.

Festival Muzik Borderland bakal gegarkan Miri

MIRI, 31 Julai: Seramai 44 pemuzik dan deejay antarabangsa dan tempatan bakal menghiburkan peminat mereka sempena Festival Muzik Borderland di sini.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, festival berkenaan bakal berlangsung di Coco Cabana pada 15 dan 16 September depan.

Kata beliau, pelbagai genre muzik serta tarian akan dipersembahkan pada festival berkenaan.

“Selari dengan visi Bandaraya Miri untuk menjadi bandar peranginan antarabangsa hijau, pintar dan sesuai untuk didiami, Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyokong usaha Borderland Events Sdn. Bhd. menganjurkan festival ini di sini.

“Saya yakin festival ini akan menjadi permulaan kepada Bandaraya Miri menjadi pusat acara hiburan, selain pusat sukan dan kebudayaan,” katanya pada sidang media acara itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adam berkata, melalui festival sedemikian juga, pengunjung luar seperti dari Semenanjung Malaysia dan Singapura juga berpeluang mengenai kepelbagaian masyarakat di Sarawak.

Tiket boleh ditempah menerusi  www.borderland-asia.com. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan