Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara warganegara jiran yang diusir kerana tidak memiliki pasport masuk negara ini. Foto ihsan: Tentera Darat Malaysia

Cubaan masuk tanpa pasport gagal, tentera usir tujuh warga asing

ByNazirah Adlina

KUCHING, 31 Julai: Tujuh warganegara Indonesia diusir tentera Malaysia kerana cuba masuk tanpa pasport atau pas kerja di Malaysia menerusi sempadan di Lundu.

Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia berkata, mereka yang terbabit dikesan anggota tentera ketika rondaan di sempadan, cuba memasuki menerusi tiga lokasi dan masa berbeza menggunakan laluan tikus pada Ahad (30 Julai).

“Hasil pemeriksaan mendapati semua mereka yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga negara Indonesia berusia sekitar 31 hingga 46 tahun masuk secara haram melalui lorong tikus,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dua daripada mereka ditahan di sektor Kandaie, dua lagi ditahan di Pos Sungai Paoh dan tiga lagi di Biawak.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada barang terlarang ditemui.

Nilai keseluruhan barangan yang diperiksa ialah RM10,392.00 melibatkan sebuah motosikal, telefon bimbit serta wang tunai.

Kesemua mereka diusir melalui Pos Kawalan Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Darat (TNI-AD), Kumba Semunying.

“Laporan polis berkaitan pengusiran tersebut telah dibuat di Balai Polis Lundu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan