Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri Christian Davies, Jono Taib (tengah) dan Syazwani Aqmar (kanan) berkongsi keterujaan mereka mengenai penganjuran Perarakan Kapal Berhias sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto TVS.

Rakyat tempatan teruja penganjuran Perarakan Kapal Berhias

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Julai: Pengunjung yang hadir menyaksikan Perarakan Kapal Berhias malam tadi teruja apabila acara berkenaan kembali dianjurkan selepas 10 tahun.

Ketua Kampung Kolong Satu, Jono Taib berkata, acara berkenaan cukup sinonim ketika sambutan Hai Sarawak dahulu.

Pengunjung luah rasa teruja dan syukur.

Kata Jono, beliau teruja apabila pertunjukan yang menjadi keistimewaan Sarawak itu kembali dianjurkan oleh kerajaan negeri.

“Saya lihat ramai yang datang saksikan perarakan kapal berhias. Saya bersyukur kerana dapat menonton acara ini bersama keluarga,” katanya kepada TVS.

Sebanyak 20 kapal berhias dari pelbagai kementerian, agensi dan syarikat swasta menyertai perarakan yang berlangsung di sekitar Sungai Sarawak antaranya Tebingan Kuching, Pengkalan Sapi, jeti dan tebingan Kampung Boyan.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama kira-kira 10,000 pengunjung.

Sementara itu, Jono turut berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari yang menganjurkan pelbagai acara menarik sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun.

Bagi Christian Davies yang membawa sepupunya dari Jerman untuk menonton acara itu pula berkata Perarakan Kapal Berhias telah membuka peluang kepada Sarawak untuk menerima lebih ramai pelancong khususnya daripada luar negara.

“Sebagai anak Sarawak, saya berharap penganjuran acara ini boleh menarik pelancong untuk melancong ke Sarawak. Mereka boleh meneroka budaya dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Sarawak,” katanya.

Turut senada, peniaga di Tebingan Sungai Kuching itu, Syazwani Aqmar yang berkata, kemasukan pelancong telah meningkatkan pendapatan peniaga kecil sepertinya.

“Saya dapati pendapatan dan keuntungan meningkat berbanding hari biasa dan saya amat mengalu-alukan sekiranya lebih banyak acara seperti ini diadakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan