Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri duduk : Dato’ Abu Bakar As-Sidek bin Haji Mohd Sidek, Pengerusi EXCO Pernas, Puan Afidah Azwa Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah Pernas, Dato’ Hazimah Zainuddin, Pengerusi Pernas, Encik Hairolsham Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif FTW Ventures Sdn. Bhd. dan Encik Riley Mallard, Distributor Manager, Fox Racing, Asia Pasific & America Latin.

PERNAS bantu FWT Ventures Sdn Bhd dapat hak eksklusif edar barangan FOX Racing

KUCHING, 30 Julai: Syarikat tempatan, FWT Ventures Sdn. Bhd. menerima suntikan pelaburan sebanyak RM5 juta daripada Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi menjadikan syarikat itu sebagai francais di Malaysia dan pasaran serantau.

Pengerusi PERNAS, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, FWT Racing yang merupakan anak syarikat FWT Ventures Sdn. Bhd. menerima dana berkenaan pada 2021 dan 2022 yang membolehkan syarikat itu mendapat hak eksklusif untuk mengedarkan barangan jenama Fox Racing.

Kata beliau, menerusi bantuan itu, FTW Racing telah melebarkan sayap dengan penambahan lebih banyak cawangan di Malaysia dan Indonesia.

“Di Indonesia terdapat lapan outlet melalui konsep lisensing dan lima outlet di Malaysia iaitu di Johor, Pulau Pinang, Pahang dan outlet korporat di Petaling Jaya.

“FTW Racing juga akan membuka outletnya di Singapura dan Brunei pada September 2023 nanti,” katanya menerusi kenyataan media baru – baru ini.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Perjanjian Pengedar Ekslusif di antara FTW Ventures Sdn Bhd dengan Fox Racing.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif FTW Ventures Sdn. Bhd., Hairolsham Abu Bakar dan Pengurus Bahagian Edaran (Asia Pasifik dan Amerika Latin) Fox Racing, Riley Mallard.

Sementara itu Hazimah memberitahu, PERNAS juga telah membantu FTW Racing melalui program Projek Xcelerator yang bertujuan membimbing usahawan berpotensi ke arah francais yang menyasarkan memiliki lesen pada suku keempat 2023.

FWT Ventures Sdn. Bhd. melalui jenama FWT Racing merupakan pengedar dan penjual pakaian sukan permotoran, motosikal, alat ganti motosikal dan aksesori.

Pada Mac lalu, FTW Racing juga telah melancarkan aplikasi baharu untuk pelanggan menempah dan membeli produk barangan sukan ekstrem dengan lebih mudah dan cepat.

Aplikasi tersebut boleh dimuat naik menerusi Google Play Store atau Apple Store. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan