GEDONG, 30 Julai: Pasukan Mahkota Dewa Gedong muncul sebagai Raja Sungai selepas mengungguli acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki Piala Premier Sarawak hari ini.
Acara itu menyaksikan berlaku saingan sengit apabila Mahkota Dewa memintas Sinaran Ratu Siska ketika perlumbaan hampir tamat.
Pasukan Madinah Race pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Selaku juara, Mahkota Dewa membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000 manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga masing – masing terpaksa berpuas hati dengan hadiah RM7,000 dan RM5,000.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pertandingan Regatta Gedong merupakan antara aktiviti sempena Pesta Gedong 2023 yang berlangsung sejak 28 Julai hingga hari ini.Â
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED, Datuk Naroden Majais, dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. – TVS