Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1445H/2023M di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Gedong lokasi pertama projek tanaman alga guna teknik baharu – Dr Hazland

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Julai: Sarawak akan melaksanakan projek pertama tanaman alga atau lumut menggunakan teknik baharu di Gedong, kata Dr Hazland Abang Hipni.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar itu berkata, projek itu akan dilaksanakan di kawasan kampung dengan menyasarkan pengeluaran bahan api bio.

Kata beliau, teknik tanaman alga baharu itu boleh dilaksanakan di kawasan kampung kerana ditanam menggunakan tangki air lut sinar selain memerlukan cuaca yang sesuai, air laut dan karbon dioksida.

“Harga bagi satu kilogram (kg) alga boleh mencecah RM3,000 dan jika mendapat cukup karbon dioksida, pancaran matahari dan cuaca baik, dalam tempoh tiga hari ia mampu tumbuh dengan kadar satu kali ganda.

“Percubaan tanaman pertama akan dilakukan dalam tempoh beberapa bulan lagi yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1445H/2023M di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Pada Jun, Abang Johari berkata, Gedong dan Simunjan mempunyai potensi sebagai antara lokasi penanaman alga atau lumut di negeri ini.

Jelas Abang Johari, langkah berkenaan sekiranya dilaksanakan secara berskala besar diyakini dapat meningkatkan hasil pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), biodiesel dan nafta yang akhirnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. – TVS

Gedong lokasi pertama projek tanaman alga guna teknik baharu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan