Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ini kali pertama Pesta Gedong diadakan secara berskala besar sejak Abang Johari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong pada 2021. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Abang Johari hadiri Regatta Gedong

ByAkma Salleh

GEDONG, 30 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyaksikan Regatta Gedong yang diadakan sempena Pesta Gedong 2023 di Tebingan Gedong, di sini hari ini.

Perlumbaan bot itu merupakan sebahagian daripada acara yang dianjurkan sempena pesta yang bermula sejak 28 Julai lepas.

Antara aktiviti lain termasuklah pertandingan rakit berhias, pertandingan memancing, battle of the band, pertandingan karaoke, pertandingan Mr Body Fitness, pertandingan poco-poco, Batak Lampong (gusti lengan), Ratu Cantik Pesta Gedong, Gedong Kitchen dan banyak lagi.

Pesta Gedong 2023 di Tebingan Gedong dianjurkan secara skla besar pada tahun ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Lebih istimewa, ini kali pertama Pesta Gedong diadakan secara berskala besar sejak Abang Johari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong pada 2021.

Sebelum ini, Pesta Gedong 2019 diajurkan secara kecil-kecilan.

Penganjur menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sempena pesta pada tahun ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED, Datuk Naroden Majais dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan