Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep melakukan simbolik pelepasan perserta pendakian Gunung Jagoi semperna sambutan Hari Jagoi di Kampung Duyoh, Bau. Foto: TVS

RM3.2 juta untuk naik taraf infrastruktur Bung Jagoi – Henry

BAU, 29 Julai: Kerajaan memperuntukkan RM3.2 juta untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan kebudayaan Bung Jagoi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Menurut beliau peruntukan itu bertujuan untuk melaksanakan inisiatif penyambungan bekalan elektrik yang berterusan di kawasaan yang terletak di tanah tinggi itu.

Naik taraf Bung Jagoi, promosi eko pelancongan.

Jelas Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak itu lagi inisiatif yang dilaksanakan menerusi Greater Kuching tersebut selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan kawasan Bung Jagoi menjadi antara tarikan di Bau sekali gus termasuk dalam kawasan Geopark Delta Sarawak.

“Apabila kita sudah mempunyai bekalan kuasa elektrik berterusan, kita akan boleh menyediakan kemudahan penginapan yang lebih bagus kepada pengunjung di samping turut menaik taraf kemudahan-kemudahan lain seperti penyediaan dewan, tandas awam dan rumah tetamu yang lebih selesa.

“Melalui usaha ini kita mahu menjadikan Bung Jagoi ini salah satu tarikkan di bawah koordinasi produk pelancongan Greater Kuching, maka sebab itulah kita perlu mempertingkatkannya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Jogoi di sini.

Beliau berkata, turut dirancang adalah pembinaan laluan jalan raya yang boleh dilalui oleh kenderaan terus ke kawasan Pusat kebudayaan Jagoi yang terletak di atas Gunung Jagoi itu.

Kesemua projek terbabit kata Henry akan dilaksanakan secara berperingkat dalam memastikan semua kemudahan dan keperluan di kawasan itu dapat disediakan sepenuhnya.

Namun tegasnya, penyediaan bekalan kuasa menjadi fokus utama sebelum kemudahan lain dapat disediakan termasuk bekalan air bersih ke kawasan kebudayaan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan