Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan (tengah) merakam gambar kenangan bersama Dr. Wirdati Mohd Radzi (dua kiri), Dr. Ong Kong See (kiri) dan Mejar Muhammad Abdullah (dua kanan). Foto: TVS

Persidangan AASM 2023, perkasa pengurusan sukan, atlet Sarawak – Snowdan

KUCHING, 29 Julai: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Persidangan Asian Association for Sports Management 2023 (AASM 2023) pada 19 hingga 20 Ogos di Hotel Imperial di sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata persidangan julung kali di Sarawak itu menghimpunkan pakar dari pelbagai negara luar antaranya Arab Saudi, Korea dan Jepun serta Malaysia untuk bertukar pandangan dan perkongsian maklumat dalam meningkatkan mutu pengurusan sukan dan atlet di Sarawak.

Snowdan yakin persidangan itu mampu memberikan hasil yang positif dalam meningkatkan kualti pengurusan sukan sekali gus memperkasakan atlet dan kontijen sukan di Sarawak menghadapi pelbagai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2024 nanti.

“Kita menjemput pakar dari luar negara yang hebat dalam pengurusan sukan antaranya dari negara Korea, Jepun dan Australia dimana displin pengurusan sukan di negara tersebut sangat tinggi dan mereka akan berkongsi maklumat yang diperlukan oleh kita.

“Kita hendak jadi yang terbaik, dapatkan pandangan dan maklumat dari mereka yang terbaik dan dari situ kita akan menjadi yang terbaik” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pra pelancaran Persidangan AASM 2023 di Hotel Imperial, hari ini.

Hadir sama Ahli Eksekutif AASM Dr. Wirdati Mohd Radzi, Presiden Kuching Badminton Association (KBA) Dr. Ong Kong See, Presiden Sport Management and Administrations Association of Malaysia (SMAS) Mejar Muhammad Abdullah dan Timbalan Setiausaha SMAS Shariza Zainuddin.

Antara delegasi luar negara yang bakal hadir pada Persidangan AASM 2023 nanti adalah Timbalan Presiden Pengurusan Sukan Antarabangsa Arab Saudi, Professor Dr. Ashraf ElMediani, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Electronic Sport Federation Steve Kim dari Korea dan Ketua Pegawai Eksekutif Sports Environment Alliance (S-E-A) Jan Fritzgerald dari Australia.

Malaysia pula bakal diwakili oleh Presiden Motorsport Association of Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dan Presiden Ice Hockey Association of Malaysia (ISAM) Mohamad Fadzil Johan.

Persidangan ini turut mendapat sokongan dari beberapa pertubuhan sukan di Malaysia antaranya Malaysian Scuba Diving Association (MSDA) dan Malaysian Flying Disc Association (MFDA)-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan