Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew melihat hasil seni artis tatu di salah sebuah gerai pameran. Foto: TVS

Festival Tatu Miri 2023 pelihara budaya tatu komuniti etnik – Sebastian

MIRI, 29 Julai: Festival tatu di sini menjadi platform untuk komuniti etnik di Sarawak memelihara seni tradisional itu agar ia tidak hilang ditelan zaman, kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu juga menyifatkan festival berkenaan membantu memperkenalkan dan berkongsi seni tatu kepada orang ramai.

“Kita perlu terus memastikan budaya tatu ini berkekalan. Kita ada festival tatu seperti ini, banyak perkongsian daripada mereka sebelum kita boleh memperkenalkan seni mereka.

Orang tua boleh berkongsi sesuatu daripada budaya tatu mereka dalam komuniti mereka sendiri. Jadi festival ini penting bagi memelihara budaya tatu agar berkekalan,” katanya ketika merasmikan Festival Tatu Miri 2023 di Coco Cabana, Miri di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menerima cenderamata dari Penganjur Festival Tatu Miri 2023, Sylvester Juli. Foto: TVS

Sebastian berpendapat festival ini perlu dianjurkan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Miri.

“Memandangkan ramai orang dari luar masuk, mungkin satu hari nanti kita boleh jadikan ‘Festival Tatu Miri Antarabangsa 2024’.

“Alangkah baiknya untuk pergi ke peringkat antarabangsa kerana begitu banyak negara seperti Myanmar, Sweden, Amerika Syarikat, Filipina, Thailand, Brunei dan bahagian lain di Malaysia datang ke sini. Jadi kita menambah satu lagi perkataan antarabangsa dalam festival ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan kementeriannya turut menyokong industri tatu dalam komuniti etnik berikutan budaya tatu mereka dilihat sebagai sebahagian daripada industri kreatif dan seni persembahan.

Sebastian juga menambah kementerian turut menyasarkan sejumlah 4 juta pengunjung datang ke Sarawak pada tahun ini.

“Setakat ini terdapat 1.97 juta pengunjung ke Sarawak dari Januari hingga Jun,” jelasnya.

Festival anjuran Persatuan Pengukir Seni Tradisional Kenarau Miri berlangsung tiga hari merupakan edisi kedua diadakan tahun ini.

Seramai 59 penyertaan dari 16 negara menyertai festival yang bermula pada 28 hingga esok, 30 Julai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan