Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Belia Emart, di SMK Gedong, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Belia Emart, di SMK Gedong, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Bulan, nama ART hidrogen pertama – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 29 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Transit Aliran Automasi (ART) hidrogen pertama di ASEAN yang akan beroperasi di negeri ini dinamakan, Bulan.

Nama tersebut menurut beliau bersempena dengan nama lokomotif pertama Sarawak di era Rajah Charles Brooke.

Beliau berkata nama tersebut dipilih bagi memperingati sejarah pengangkutan keretapi di Sarawak pada abad ke-20.

“Sarawak mempunyai tiga buah keretapi ketika itu, satu bernama Bulan dan satu lagi Bintang.

“Lokomotif ini beroperasi dari 1841 hingga 1946 sebelum diberhentikan susulan taklukan Jepun.

“Justeru, kerajaan negeri memilih nama Bulan untuk ART yang pertama ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini pada Jumaat.

‘Bulan Hidrogen’ penghubung Kota Samarahan – Kuching.

Tambah Abang Johari, penggunaan keretapi di sini melakar sejarah dengan menyediakan pengangkutan kepada penduduk di Kuching pada awal abad ke-20 sehingga satu jalan dinamakan Jalan Keretapi yang kini dikenali sebagai Jalan Tun Ahmad Zaidi.

Sementara itu, ART yang dijangka memulakan operasi pada suku kedua tahun ini akan menghubungkan Kota Samarahan dan Kuching menggunakan laluan lama iaitu Jalan Tun Ahmad Zaidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan