Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari, Hajiji Noor dan Dr Zambry Abd Kadir mengiringi Anwar melawat pusat penamaan calon di Selayang dan Ampang pada Sabtu lepas. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Abang Johari iringi Anwar ke pusat penamaan calon di Selayang dan Ampang

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 29 Julai: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan ke tiga pusat penamaan calon di kawasan Parlimen Selayang dan Ampang pagi tadi.

Turut mengiringi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata lawatan tersebut adalah untuk memberikan sokongan kepada calon-calon PH-BN (Pakatan Harapan – Barisan Nasional) yang bertanding.

“Setelah selesai acara di Gombak, saya bersama Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah serta Menteri Luar kemudian bergerak untuk ke acara seterusnya di Selayang dan Ampang bagi menyatakan dukungan kepada calon-calon kita di sana. 

“Alhamdulillah, semangat para pendukung terus utuh untuk terus memperkukuh gelombang perpaduan di Selangor,” kata beliau menerusi hantaran tersebut.

Sementara sebuah portal nasional melaporkan kehadiran barisan pemimpin-pemimpin parti menyertai perarakan bersama Anwar yang juga Presiden PH bertujuan bagi mewakili Kerajaan Perpaduan.

Turut dilaporkan bahawa Anwar menzahirkan penghargaan kepada Abang Johari dan Hajiji yang sudi bersama-sama beliau hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon-calon PH-BN yang bertanding.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan