KUCHING, 28 Julai: Kerajaan Sarawak menyambut baikĀ hasrat Kerajaan Persekutuan yang meneliti pemberian insentif khusus bagi menggalakkan aktiviti meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui serta memperkasakan inisiatif Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata inisiatif dalam meneroka tenaga boleh diperbaharui merupakanĀ salah satu usaha di bawah pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.
Menurutnya Sarawak telah memulakan langkah awal dalam mentransformasikan kelestarian ekonomi melalui tenaga boleh diperbaharui serta CCUS.
āInisiatif Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) merupakan satu inisiatif yang pertama kali diangkat oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Malaysia dan saya kira di Sarawak.
āJadi, ini adalah menjurus ke arah untuk kita mengalihkan ekonomi kita ke tahap ekonomi yang baharu dan juga teknologi hijau,”Ā beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji langkah Sarawak dalam meneroka tenaga boleh diperbaharui.
Dalam pada itu beliau yang menyokong usaha Perdana Menteri itu memandangkan Sarawak merupakan pemula inisiatif berkenaan.
āKita bukan hanya sekadar umum tetapi kita mengubal undang-undang di peringkat negeri dan memastikan infrastruktur CCUS ini dapat kita laksanakan,ā katanya ketika ditemui pemberita pada Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Bersama Warga Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuching 2023 di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, majlis menyaksikan penyerahanĀ sumbangan kepada 30 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) dan mengagihkan bubur Asyura bersempena dengan sambutan Hari Asyura.
Pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat pada Khamis menggesa negeri lain mencontohi usaha Sarawak yang semakin ke hadapan dalam meneroka sumber tenaga itu dan akan meneliti pemberian insentif khusus bagi menggalakkan aktiviti meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui.- TVS