Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara diesel yang dirampas menerusi serbuan oleh Polis Marin di Sibu pada Khamis. Foto: PPMW5 Sibu.

Polis Marin rampas 24,100 diesel, tahan dua lelaki

SIBU, 28 Julai: Gagal mengemukakan dokumen bagi menyimpan 24,100 diesel, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 merampas bahan bakar berkenaan dan menahan dua lelaki warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, diesel dan dua kenderaan dirampas menerusi serbuan ke atas dua stor di sini pada 9.30 pagi pada Khamis.

Selain itu, polis merampas tujuh pam minyak serta tujuh nozel dengan keseluruhan nilai dianggarkan RM177,620.

“Dalam serbuan dan pemeriksaan tersebut, pihak kami telah menemui dua kenderaan terdiri daripada jenis pacuan empat roda dan sebuah lori serta minyak diesel disyaki disimpan tanpa lesen dan permit yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, kesemua tangkapan dan barang rampasan telah diserah kepada KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan