Datuk Hasanuddin Muhd Yunus menyampaikan cenderahati kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Perpaduan dan keharmonian fokus dakwah YADIM di Sarawak

KUCHING, 28 Julai: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan aktiviti dakwah di negeri ini yang memfokuskan terhadap perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Muhd Yunus berkata keunikan Sarawak yang mempunyai latar belakang masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama harus dijadikan contoh harmoni dalam kepelbagaian.

“Apabila kita bercakap berkaitan dakwah ia tidak semestinya mengajak orang untuk menukar agama tetapi dakwah itu mengajak manusia untuk hidup dalam keadaan harmoni, kasih sayang dan hormat menghormati,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kerjasama YADIM dengan Kerajaan Sarawak merupakan antara agenda dbincangkan dengan Abang Johari dalam kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hasanuddin berkata perpaduan kaum dan agama di Sarawak wajar diperkukuhkan kerana ia merupakan satu keunikan.

“Kita tidak akan menggangu keharmonian dan perpaduan. Kerana apa yang penting kita mahu mewujudkan satu perkongsian hidup kasih sayang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan