Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Dato Mohd Sofi Md Lepi (dua,kiri) merakam gambar bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Bangunan Baitulmakmur di sini hari ini. Foto: TVS.

Pakej Pertahanan Sarawak tingkat kawalan keselamatan negeri – Panglima PMTTD

KUCHING, 28 Julai: Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) komited mengeratkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak menerusi program Pakej Pertahanan Sarawak.

Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Dato Mohd Sofi Md Lepi berkata perkara itu merangkumi tahap kawalan keselamatan di Sarawak juga dilaksanakan dari semasa ke sesama meskipun keselamatan di negeri ini masih dalam keadaan terkawal.

“Beberapa perkara telah dibincangkan khususnya tentang keselamatan di Sarawak, kita dapati keselamatan di negeri ini terkawal dengan pos-pos sempadan sentiasa dipertingkatkan.

“Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang prihatin terhadap keselamatan negeri di bawah Program Sarawak Defend Package telah menawarkan beberapa kelengkapan dan peralatan kepada Tentera Darat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, beliau mendedahkan pelbagai perkara dibangkitkan termasuk penggunaan teknologi dalam pertahanan.

“Bersama agensi lain kita akan teruskan kerjasama mennggunakan apa yang kita ada untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di negeri Sarawak.

“Apa yang saya dapati pada pagi ini perbincangan menjurus kepada penggunaan teknologi di dalam pertahanan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di sini,” ujarnya.

Mohd Sofi dilantik sebagai Panglima Medan Timur pada 7 Jun lalu menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad yang berpindah ke Universiti Pertahanan Malaysia sebagai Naib Canselor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan