Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Feisal Said (tengah) dan Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai (tengah) ketika hadir pada Majlis Pengibaran Bendera Simbolik Pembukaan Rasmi Festival Maal Hijrah 1445H/2023. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Masyarakat bukan Islam dipelawa meriahkan Festival Maal Hijrah 2023

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Julai: Warga Kuching terutama masyarakat bukan Islam dipelawa memeriahkan Festival Maal Hijrah 2023 di Masjid Jamek Negeri Sarawak, yang bermula hari ini hingga 30 Julai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, festival berkenaan merupakan platform penyatuan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Kita jadikan masjid ini sebagai pusat perpaduan, jadi kalau boleh kita sangat mengalu-alukan kehadiran masayarakat bukan Islam untuk datang ke Masjid Jamek.

“Pelbagai aktiviti disediakan, antaranya pameran pendidikan dan pameran kesihatan.

“Penganjuran festival ini merupakan salah satu usaha kita untuk mengadakan aktiviti berkonsep secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengibaran Bendera Simbolik Pembukaan Rasmi Festival Maal Hijrah 1445H/2023 di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan seramai 3,000 pengunjung akan hadir sambil meyakini sasaran pihaknya mampu dicapai susulan sambutan memberangsangkan pada hari pertama, hari ini.

“Edisi kali ini menyaksikan sebanyak 60 buah gerai jualan bertapak dan 36 buah tapak pameran daripada pelbagai agensi terdiri daripada pendidikan, kebajikan dan keselamatan telah didirikan di perkarangan Masjid Jamek,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis sama, LAMNKS melancarkan tabung wakaf bagi tujuan membangunkan Gazebo Raudhatul Sakinah Kuching dan Pusat Agama Nurul Saadah.

Pelancaran tabung khas terbabit bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan wakaf bagi mewujudkan lima buah lagi gazebo mesra alam untuk kemudahan pengunjung dengan menggunakan teknologi solar serta reka bentuk membolehkan penadahan air hujan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Mohamad Feisal Said.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan