Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata Sarawak meningkat kepada RM3,448 pada tahun 2022 berbanding RM3,118 pada tahun 2019. Foto: DOSM

Isi rumah di Sarawak berbelanja RM3,448 sebulan pada 2022

ByRegina Lee

PUTRAJAYA, 28 Julai: Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata Sarawak meningkat kepada RM3,448 pada tahun 2022 berbanding RM3,118 pada tahun 2019.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, perbelanjaan isi rumah di bandar meningkat 3.7 peratus setahun daripada RM3,689 (2016) kepada RM4,117 (2019) dan di luar bandar meningkat lebih tinggi pada kadar 3.9 peratus setahun daripada RM2,306 kepada RM2,595 bagi tempoh sama.

Perbelanjaan penggunaan isi rumah mengikut daerah pentadbiran di Sarawak merekodkan perbelanjaan tertinggi di daerah Kuching dan terendah di daerah Pusa.

Secara perbandingan, enam daerah pentadbiran mencatatkan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata melebihi paras negeri (RM3,448) iaitu Kuching (RM4,227), Bintulu (RM4,046), Samarahan (RM3,980), Miri (RM3,864), Sibu (RM3,618) dan Kapit (RM3,462).

Kumpulan Perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain; Makanan & minuman bukan alkohol; Restoran & hotel; dan Pengangkutan kekal menjadi empat kumpulan perbelanjaan tertinggi iaitu 69.4 peratus pada 2019 berbanding 70.5 peratus pada 2016.

Kumpulan perbelanjaan Perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (22.7 peratus) menjadi penyumbang tertinggi kepada keseluruhan perbelanjaan penggunaan, diikuti oleh Makanan & minuman bukan alkohol (22.5 peratus); Pengangkutan (13.3 peratus); dan restoran & hotel (10.9 peratus).

Selain itu, perbelanjaan ke atas restoran dan hotel juga merupakan kombinasi barangan kegunaan dan pilihan. Komposisi Pengangkutan meningkat 0.5 mata peratus pada 2019 berbanding 12.8 peratus pada 2016. Walau bagaimanapun, komposisi bagi Makanan & minuman bukan alkohol berkurang 1.3 mata peratus pada 2019 berbanding 23.8 peratus pada 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan