Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para jemaah haji, Amira Saryati Misnu (kiri), Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir (tengah) dan Jawi Udin (kanan) ketika ditemu bual TVS selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi tadi. Foto: TVS.

Cuaca panas, cabaran jemaah kumpulan pertama Sarawak kerjakan haji

KUCHING, 28 Julai: Seramai 142 jemaah haji kumpulan pertama dari Sarawak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 6 pagi pada Jumaat.

Berkongsi pengalaman masing-masing para jemaah haji yang ditemui berkata telah menjalankan rukun Islam kelima dengan lancar meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Tinjauan TVS menemui salah seorang jemaah, Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir, 64, dari Kuching mengakui mendepani pelbagai ujian seperti cuaca panas, kesesakan dan perjalanan yang jauh ketika menunaikan ibadah haji.

Namun, beliau yakin bahawa setiap ujian yang dihadapi memberikan kekuatan kepada jemaah haji agar berpeluang menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Saya berharap agar doa kita dimakbulkan, dosa dihapuskan dan akhirnya menjadi impian setiap jemaah haji untuk mendapatkan haji mabrur.

“Saya juga berusaha sedaya upaya untuk membaca begitu banyak buku berkaitan dengan haji dalam usaha untuk memahami falsafah dan erti dan makna haji itu. Jadi saya percaya seluruh jemaah haji telah melalui pelbagai pengalaman menakjubkan yang akan mengubah mereka dari pelbagai segi,” katanya.

Situasi serupa bagi Jawi Udin, 57 dari Saribas yang juga merupakan salah seorang jemaah haji mengakui keadaan cuaca panas terutamanya di Mina iaitu mencecah 47 darjah celsius antara cabaran bagi mereka tetapi beliau juga bersyukur dapat menjalankan ibadah dengan lancar.

“Shut panas mececah 47 darjah celsius sehingga ada yang melecur dikaki dan sebagainya, tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, jemaah haji, Amira Saryati Misnu, 35, dari Kuching berkata kesabaran merupakan kunci kejayaan jemaah haji kali inimenempuh cabaran.

Beliau percaya segala cabaran tersebut menjadikan ibadah hajinya sebagai sebuah pengalaman yang bermakna dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, pengalaman di sana amat mencabar tetapi kunci utamanya adalah sabar kerana kita pergi ke sana untuk beribadah.

Sewaktu Arafah, khemah yang sedia ada kecil dan dipenuhi dengan orang ramai. Jadi saya dan beberapa jemaah haji lain memilih untuk bermabit di Mina dan ia sangat mencabar.

Alhamdulillah walaupun mencabar tetapi ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan