Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ding mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Konton dan Jalan Foochow baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong

Petani di Meradong harus manfaatkan inisiatif kerajaan – Ding

BINTANGOR, 27 Julai: Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan yang harus dimanfaatkan oleh golongan petani terutama di kawasan Meradong, kata Datuk Ding Kuong Hiing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong itu mendedahkan antara bantuan yang disediakan termasuk pelbagai program berasaskan pertanian seperti projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), pembangunan getah, kelapa sawit dan lada, penyediaan infrastruktur pertanian, subsidi dan lain-lain.

Tegas beliau kesemua inisiatif berkenaan memperlihatkan golongan itu turut tidak ketinggalan menikmati bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

 

Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama petani Meradong selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Konton dan Jalan Foochow baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong

“Saya berasa sangat gembira dengan pelaksanaan projek pembersihan perparitan kerana ia telah mengurangkan banyak masalah banjir petani.

“Saya juga berharap petani Meradong memanfaatkan sebaiknya segala kemudahan yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan dan Sarawak optimis memberi tumpuan dalam memperkasakan sektor pertanian kerana menyedari sektor berkenaan berpotensi membantu pembangunan sosioekonomi rakyat khususnya di Meradong.

“Pada tahun ini, sebanyak lapan projek pembersihan parit di bawah Kerajaan Sarawak dengan kos RM600,000 dan sebanyak 25 projek pembersihan saliran di bawah Kerajaan Persekutuan dengan kos keseluruhan tahun ini RM3 juta bagi memperkasan sektor pertanian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan