Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan pencari dan penyelamat wilayah Cilacap berusaha mengepam air untuk menyelamatkan lapan pelombong yang terperangkap. Foto: Pejabat SAR Cilacap.

Lombong sempit dan bercabang cabaran utama usaha menyelamat

ByTVS

JAKARTA, 27 Julai: Keadaan lombong yang sempit serta bercabang menjadi cabaran utama pasukan penyelamat yang berusaha mengeluarkan lapan pelombong emas yang terperangkap di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (Basarnas) Cilacap Adah Sudarsa berkata, operasi yang memasuki hari kedua dijalankan secara makismum dengan menggunakan pelbagai alat berteknologi tinggi.

Kata beliau, peralatan itu digunakan untuk menganalisis keadaan sebenar lombong itu selain mengesan mangsa.

“Hasil analisis mendapati keadaan lombong itu agak sempit dengan berukuran 90 sentimeter (cm) selain keadaan lombong yang bercabang di dasarnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, ketika ini paras air setinggi 40 meter dikesan yang turut menyukarkan pasukan penyelamat turun ke dasarnya.

Semalam, pihak berkuasa mengesahkan lapan pelombong emas terperangkap dalam sebuah lombong berkedalaman 60 meter di kampung berkenaan.

Usaha lain yang sedang dilakukan termasuklah mengepam air menggunakan enam pam bersaiz besar.

Sehingga kini keadaan kesemua mangsa belum dapat dipastikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan