Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angelia Dino dari Serian mahu meneruskan legasi perniagaan kraf tangan ibunya. Foto: Connie Grace (TVS)

Gadis Serian raih pendapatan lumayan jual kraf tangan

ByConnie Grace

KUCHING, 26 Julai: Golongan muda dilihat lebih berminat untuk mencari pekerjaan di bandar besar selepas menamatkan pengajian masing – masing.

Namun berbeza dengan Angelia Dino,18, dari Serian yang bertekad untuk menyambung perniagaan kraf tangan diusahakan oleh ibunya sejak lebih 15 tahun lalu.

Gadis yang masih menuntut di tingkatan enam ini berkata, selepas tamat pengajian kelak, dia akan memberi sepenuh tumpuan untuk perniagaan berkenaan.

“Saya mula berminat dalam bidang kraf tangan sejak kecil lagi kerana sering menemani ibu ketika dia menghasilkan pelbagai kraf tangan,” katanya kepada TVS baru- baru ini.

Angelia merupakan salah seorang seorang usahawan yang menyertai Serian Kitchen yang diadakan sempena Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Serian baru – baru ini.

Jelas Angelia, ibunya turut memberi semangat apabila melatihnya dan adik beradik yang lain untuk menghasilkan kraf.

“Ketika ini saya sudah mampu membuat kraf tangan seperti bekas pensel, dompet dan beg duit syiling.

“Sebenarnya untuk hasilkan kraf memerlukan kesabaran dan ketekunan kerana prosesnya tidak mudah,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik ini turut berkongsi peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan kraf tangan.

“Peralatan asas yang diperlukan ialah mesin jahit, kain dan zip namun ketika proses membuat kraf, kita mesti pandai mengawal kelajuan mesin ketika menjahit,” katanya.

Ditanya hasil jualan kraf tangan mereka, Angelia berkata, pada bulan tertentu, ibunya berjaya menjual beg dalam kuantiti yang banyak dan kadang kala boleh meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan