Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Foto: Envato

Wang simpanan dan pinjaman melayang, jatuh cinta menerusi WeChat

ByTVS

IPOH, 26 Julai: Seorang nelayan di Kerian dekat sini kerugian RM284,850 apabila menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam’ dengan menyertai pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan mula terjerat dalam sindiket itu selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi sosial WeChat dan jatuh cinta pada November tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pada Januari, suspek menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan menjanjikan pulangan RM200,000 jika mangsa melabur RM30,000.

Dipengaruhi perasaan cinta dan terpedaya dengan tawaran itu, mangsa nembuat pelaburan menerusi aplikasi mata wang kripto yang diberikan suspek.

“Bermula 6 Mac hingga 15 Julai, mangsa membuat 99 transaksi pemindahan secara dalam talian ke dalam 21 akaun bank berjumlah RM284,850.

“Ia merupakan wang simpanan serta yang dipinjam daripada ahli keluarga dan majikan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas dia tidak lagi mampu memberikan wang walaupun suspek meminta untuk terus melabur.

“Mangsa meminta suspek memulangkan semula wangnya tetapi suspek memberikan pelbagai alasan.

“Wanita itu kemudiannya tidak lagi membalas mesej mangsa di aplikasi WeChat sebelum dia berasa ditipu dan tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 4.45 petang semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan