Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah kes penipuan khas meningkat 10.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 20,987. Dalam kira-kira 80 peratus kes, mangsa dihubungi melalui telefon, dengan sebahagian besar panggilan datang dari luar negara, menurut laporan itu. Foto hiasan Envato.

Pemandu e-hailing lesap lebih RM78, 000 digertak pegawai polis palsu

SIBU, 26 Julai: Seorang pemandu e-hailing kerugian RM78,590.65 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, laporan kejadian itu dibuat oleh mangsa yang berusia lingkungan 40-an semalam.

Kata beliau, mangsa pada awalnya menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bukit Aman yang memaklumkan bahawa akaun banknya telah digunakan oleh orang tidak dikenali untuk tujuan jenayah pengubahan wang haram.

“Mangsa telah diminta untuk menyerahkan maklumat diri dan perbankan miliknya bagi tujuan semakan.

“Suspek juga menyatakan akaun mangsa dapati terlibat dalam kes jenayah dan dikehendaki membuat pindahan wang yang ada dalam akaun mangsa ke satu akaun yang lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, suspek juga memberi jaminan wang milik mangsa akan dikembalikan semula selepas kes selesai.

“Akibat panik, mangsa telah mengikut semua arahan yang diberikan oleh suspek dan membuat pemindahan wang sebanyak tiga transaksi berjumlah RM 78,590.65 ke dalam tiga akaun bank tempatan,” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa yang berasa curiga dan menyedari dirinya telah diperdaya oleh suspek kemudian tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah Zulkipli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan