Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak bakal memperkenalkan kursus dan laluan baharu dalam Undang-Undang, Keselamatan Siber, Sains Data, Reka Bentuk Industri dan Kejuruteraan Perisian. Foto: Swinburne

Kerajaan Sarawak tawarkan pengajian MA63 di Universiti Teknologi Swinburne

ByConnie Grace

KUCHING, 26 Julai: Pengajian mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan antara jurusan baharu yang akan ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu universiti berkenaan turut akan memperkenalkan beberapa kursus baharu lain termasuk Undang-Undang, Keselamatan Siber, Sains Data, Reka Bentuk Industri dan Kejuruteraan Perisian.

Swinburne tawar pengajian berkaitan undang-undang | TVS

Beliau yang juga Pro Canselor universiti berkenaan berkata, pelajar juga diberikan peluang untuk mengikuti  jurusan Undang-Undang Tanah dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Dalam jurusan undang-undang, universiti akan membenarkan pelajar mengikuti progam selama setahun di Sarawak sebelum menamatkan baki penganjian di kampus universiti itu di Melbourne, Australia,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kata aluan sempena Mesyuarat Majlis Universiti Teknologi Swinburne Sarawak ke-36 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Universiti Teknologi Swimburne Kampus Sarawak yang diasaskan 23 tahun lalu ketika ini mempunyai 4,000 pelajar termasuk 1,057 pelajar baharu.

Terdahulu Abang Johari turut mengalu-alukan Datuk Amar Jaul Samion yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah baharu universiti berkenaan.

Jawatan berkenaan sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan