Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ijtimak Ilmuwan Islam Antarabangsa Tahun 1445H/2023M, di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini pada Selasa. Foto: TVS.

Keadilan Piagam Madinah untuk semua akan jadi asas dasar Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 26 Julai: Penekanan kepada keadilan untuk semua tanpa mengira agama sepertimana digariskan di bawah Piagam Madinah akan menjadi asas kepada Kerajaan Sarawak dalam merangka dasar di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, piagam yang turut dikenali sebagai Perlembagaan Madinah memberikan tadbir urus yang adil kepada rakyatnya dan mengutamakan nilai kemanusiaan.

Abang Johari seru saintis, ilmuwan Sarawak teroka tenaga hidrogen

“Apabila Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda menubuhkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, kepada orang Islam dan bukan Islam.

Perlembagaan itu (Madinah) akan menjadi panduan kami. Kami perlu berlaku adil terhadap mereka di bawah kami, selaku Premier Sarawak, saya dan rakan seperjuangan akan menggunakan ini sebagai asas untuk merangka dasar yang memanfaatkan semua,” kata beliau dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Cendekiawan Islam selama dua hari yang bermula pada Selasa.

Perlembagaan Madinah merupakan satu perjanjian yang dihasilkan Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai golongan bagi membina kefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka selain daripada saling menghormati.

Sementara itu, Abang Johari berkata, di Sarawak semua agama dihormati dan mendapat perhatian kerajaan.

“Kami ada Jabatan Agama Islam Sarawak yang menjaga orang Islam dan kami juga ada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu mereka yang bukan Islam. Ini adalah kerana kami menghormati yang bukan Islam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan