Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Foto: Anwar Ibrahim (FB)

Anwar bakal lancar ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Pelancaran hala tuju baharu tersebut akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Putrajaya pada 9 pagi esok.

“Nantikan, Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau.

Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, bank pusat itu mengekalkan unjuran untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Beliau berkata, permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dan pasaran kerja kini semakin baik, seterusnya menyokong perbelanjaan pengguna.

Pada 24 Februari lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan dengan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan